Rabu, 27 Jun 2012

assalamualaikum

sekarang pukul enam petang . sekarang aku tengah teman ibu dengan aba berkebun dekat halaman rumah yang tak berapa besar ini. seronok bila tengok ibu dan abah berbakti kepada tanah . aku sebenarnya teringin nak tolong ibu tanam pokok bungan tetapi apakan daya keadaan tangan dan kaki tak mengizinkan . it's really  fun bila tengok ibu dengan abah pergi kedai pokok, pilih pokok then beli . Sesudah habis memborong pokok, ibu dengan abah mesti bergotong royang, bekerjasama untuk menanam pokok pokok tersebut . happy sanggat tengok moment macam itu .

kadang kadang bila abah dengan ibu bergaduh, abah mesti belikan ibu pokok sebagai tanda nak pujuk ibu . biarpun abah tak romantik tapi abah still dapat pujuk ibu kesayangan aku . ( sebab itu aku tak beberapa nak ada perasaan bila baca novel yang bab bab romantik , ikut perangai abah aku rupanya )

biarlah tak larat macam mana pun, ibu tetap akan prihatin tentang kebajikan pokok pokoknya . nak tahu kenapa aku cakap kebajikan ? sebab pokok pokok tu ibarat adik adik aku . setiap masa ibu aku nak siram, bubuh baja, potong rumput rumput yang menumpang dekat pokok pokok tu.  aku mengaku aku jelez . mesti orang cakap aku tak betul sebab dengan pokok pun nak cemburu. aku cemburu sebab kalau boleh setiap masa ibu nak duduk dekat dengan pokok tu , sampai kadang kadang apa aku cakap pun ibu buat tak layan semata mata kerana pokok pokok tu.  mahu tak sedih ?!

sekarang aku dah tak berapa kisah sangat pasal ibu dengan pokok pokoknya itu . selepas abang pergi ke kolej, ibu sudah tak beberapa berungut untuk pergi tanam pokok sebab ibu dah tak ada teman nak pergi tanam pokok iaitu abang aku .. ibu selalu ajak aku teman dia tanam pokok tapi aku tak mahu alasan aku satu sahaja, kerja sekolah banyak walhal kerja sekolah aku taklah banyak mana pun tetapi aku tetap tak nak teman . kekadang wujud juga perasaan kasihan dan sedih bila tengok ibu duduk dekat luar rumah seorang seorang tanam pokok dibawah cahaya matahari yang sememangnya terik. Aku tak lah zalim sangat . aku nak teman tetapi kaki aku tak mahu melangkah keluar dari rumah . aku tak tahu kenapa aku sangat susah nak keluar rumah kecuali atas permintaan aku sendiri .

biarlah aku hidup dengan dunia aku sahaja. biarlah aku menjadi diri aku yang sebenarnya. mungkin bila aku sudah meningkat dewasa kelak, aku akan meminati semua perkara yang ibu aku minat . insya ALLAH .
ibu, adik sayang ibu biarpun adik selalu menjauhkan diri dari ibu, biarpun adik tak reti mengambil hati ibu dan orang lain seperti yang abang lakukan kerana adik adalah adik. adik bukan abang .

biarpun dirimu garang bak harimau, namun diriku akan tetak menyayangi dirimu wahai ibuku kerana dibawah tapak kakimu adalah syurga bagi diriku. I 'll love you as long as I breathe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan