Rabu, 27 Jun 2012

duit ?

kekadang aku rasa duit tu tak ada nilai langsung untuk aku walaupun sebenarnya duit itu bernilai RM 50.00 . aku tak tahu kenapa aku jadi macam tu . dalam sehari aku boleh habiskan beringgit ringgit sebab mak bapak aku bagi aku sehari RM 12.00 dan lebih kalau orang lain memang tak la .. aku langsung tak rasai kesusahan walaupun sedikit sejak kecil lagi. sebab tu walaupun aku habiskan RM 10,000 dalam sehari pown aku tak akan sedar dan aku tak akan rasa jumlah itu banyak kerana aku memang tak reti dan tak tahu hargai duit . aku mengaku itu semua. semua orang yang pernah berkawan dengan aku kata aku anak orang kaya, sebenarnya tak . aku anak orang biasa biasa sahaja cuma ibu bapa aku yang terlebih memberi kami adik beradik kemewahan jadi secara automatiknya kami akan nampak seperti anak orang kaya walhal tak !

ibu bapa aku memang akan membebal seandainya aku menghabiskan begitu bnyak wang dalam masa sehari tetapi aku rasakan semua itu perkara biasa . aku langsung tak ambil tahu tentang kepenatan yang ayah aku lalui untuk mendapatkan duit itu . aku betul betul tak hargai duit. pantang disua duit cepat saja tangan aku menyambut . kekadang mulut aku jugak tak lekang nak minta duit dari ibu . kadang kadang aku ada perasan ibu macam tak mau bagi duit dekat aku tapi aku buat buat tak nampak.

sejak sejak abg pergi sambung belajar, aku rasa layanan ibu dan abah terhadap aku tak adil! aku rasa ianya tidak adil dari segi kewangan ! abang aku setiap hari call minta duit, ibu dengan abah bagi senang senang ja ! kalu aku mintak kena bagi alasan, kena buat perjanjian pulak ! ini memang tak adil.. sejak sejak abang masuk kolej lah aku menjadi seorang manusia yang tak reti menghargai duit. aku betul betul tak tahu kenapa.

aku mengaku kadang kadang akan timbul perasaan kasihan bila tengok ibu dengan abah bawa keluar duit yang banyak untuk sara kami adik beradik .. tapi bila aku kata tak payah ibu dengan abah kata tak pa . ini semua kami perlukan, diaorang cakap , diorang sanggup korbankan apa sahaja asalkan kami hidup susah . tapi sebenarnya adakala cara ibu dengan abah salah . ibu dengan abah tak sepatutnya bagi muka dekat kami . sekarang bila ibu dengan abah dah tak beberapa nak berbelanja seperti dulu , aku akan berungut. aku tak suka kalau apa yang aku nak tak dapat sebab sejak kecil aku dapat segala galanya.

aku hargai dulu tapi dengan cara yang berbeza . setiap orang ada caranya yang tersendiri.
assalamualaikum..

duit engkau bukan penentu kebahagiaan aku tapi kasih sayang ibu abah aku yang menentukan kebahagiaan aku . aku happy sebab ibu abah bagi duit yang banyak untuk aku belanjakan tetapi dalam masa yang sama diaorang bagi kasih sayang yang lebih banyak untuk aku ingati .
duit , kau buat segala galanya untuk aku .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan