Ahad, 24 Jun 2012

love ?



aku tak kata aku tak percaya cinta sebab aku seorang yang mudah jatuh cinta . tapi aku setia, okeyh !! jangan ingat aku playgirl tahap maksimum tahu.

aku tertanya tanya , kenapa perlu , wajib , harus  wujudnya perasaan cinta dalam kehidupan sehari harian kita? mungkin Allah wujudkan cinta itu untuk kita rasai suatu perasaan yang begitu indah dan adakalanya perasaan yang begitu pahit untuk ditelan. cinta kadangkala memberi bahagia kepada sang pencinta dan adakala memberikan perasaan benci dan derita yang teramat sakit untuk sang pencinta.

Dicintai dan Mencintai dua perkara yang berbeza. ramai orang boleh merasai perasaan mencintai tetapi tak ramai orang dapat merasai persaan dicintai. mahu tidaknya, kadang kadang kita menyukai seseorang itu jadi wujudlah perasaan mencintai tetapi orang intu tidak membalas cinta kita malahan mengenali kita pun dia tidak sudi jadi secara sahnya kita tidak dapat merasai perasaan dicintai oleh orang yang kita sayangi dan cintai.

cinta seperti gula gula apabila kita merasai saat saat yang paling berharga dan bermakna. namun cinta jugak boleh menjadi masam seperti asam takala cinta itu diduakan dan didustai. Kita seharusnya bijak memilih cinta. ya, cinta jugak salah satu penentu kebahagiaan masa hadapan kita. carilah dan cubalah mendapatkan cinta yang diredhai oleh ALLAH, ibu bapa dan kaum kerabat. jangan engkau menjadi sang penderhaka hanya kerna cinta yang merupakan sebahagian daripada lumrah kehidupan.

~ cintai aku kerna ALLAH , jika benar engkau mencinta aku kerna ALLAH, akan ku balas semula cinta suci mu itu ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan